Wednesday, July 9, 2008

Tahniah...Tahniah....Part 2

Hai all sambung balik cita tadi. Tadi ada kerja berhenti sekejab, ok sekarang dah free dah. Dan sambung balik, hadiahnya adalah seperti berikut :

Voucer RM 100.00 ( Setiap Orang)
Dinner kat Le - Meridian Hotel (Utk 2 Orang)
Hamper Adabi ( Setiap Orang )








Tahniah...Tahniah....

27 June 2008. Pertandingan memasak anjuran R &T dan Adabi... Pemenangnya adalah meja no 5. Tak sangka langsung kitaorang, lagi pun yang kat dalam pertandingan tu semuanya senior2 dan kitaorang je yang junior. Dan yang best sekali tu dah nak kemas2 dah... sebab nak balik. Kan kitaorang tak sangka kitaorang menang. masuk ni pun suka2 je, tapi di sebabkan masak tu pehhhh punyalah sedap tu yang terus menang tu. walau pun ayamnya di sorok oleh nenas, haaaaaa.
Masa ni tegah kelam kabut ni... nak menyediakan ayam masak kurma katakan.

And after 45 minit... nilah hasilnya Ayam Masak Kurma ala2 Gitu Mama

Nilah gambar2 nya

Ummmm sedapnya

Nilah kawan kita yang sepasukan utk menang tu... namanya wan.

Tuesday, July 8, 2008

MPSJ Buat Serbuan di no 28 Saujana Puchong.

Tak tahu nak cita pasal apa..so cita pasal kucing plak la... jiran kita MPSJ serbu rumah dia sebab ada orang complent bau tahi kucing kuat. Tapi sebenarnya memang bau kuat pun, tak tahan kitaorang satu umah dengan bau dia. Dan sebenarnya tukang complent tu adalah husband kita... so sekarang ni aman la sikit kami satu umah... tapi yang bestnya tu kitaorang yang complent orang lain plak yang dapat nama....

Tuesday, June 24, 2008











Tengoklah Gambar kita kat Le - Meridian Hotel

Ni masa Dinner
Ni masa first day
Emmmm dah lama tak update blog ni, dah bersawang rasanya. tak tahu nak update apa sebab tak de cita sangat. So you all tengok jelah gambar kat Le-Meridian Hotel ni. Last week kita kat sana 4 hari. Bestnya makan.... tapi tulah rasa macam gemuk sangat plak sebab tiap2 hari makan buffet kan...

Tuesday, June 3, 2008

Boring

Hai all.... tak tahulah nak update apa sebab tak de cita sangat. kalau tak update nanti roha & cik wan marah pulak. Kalau ada citapun pasal keta baru jelah... apa lagi kerja naik keta baru je kalau kemana pun sian pula tengok wira tu asyik kena tinggal je. kalau nak gi pasar baru bawak wira tu. Sebenarnya minggu ni minggu bahagia sebab my mom dah balik dari kampung... so masalah anak2 dah settle balik la. Alya dah tak ngamuk lagi kat nursery.... Alya dah duduk dengan nenek dia.... Nenek balik kl yaallah macam2 benda dia bawak. penuh la perut bas tu.

Monday, May 26, 2008

Cerita Hari Selasa

Pagi tadi hantar Alya nursery... alahai sedihnya... dia macam tahuje, mama dia nak tinggal dia kat orang. dia tengok je mama dia terus dia nangis... kesiannya, tersentuh rasa hati ini.... tapi nak buat macam mana dah terpaksa. nasib baik la nenek dia balik kampung seminggu je.

Kisah Hari Isnin

Semalam... tak masak pergi pasar malam je...sebab tak sempat masak. maklumlah kata nenek tak de. pergi pasar malam beli nasi tomato, char koteow, kuih telinga keling yang panas tu dan ayam goreng... dah tu je. semua sekali total lagi berapa ringgit tah 30. sehari je... adoi macam mana ni kalau seminggu. Balik petang semalam bagi diorang makan, tapi yang sedihnya macam kebulur je anak-anak. kat nursery tak bagi makan ke? especially yang kedua tu nampak sangat kebulur.

Friday, May 23, 2008

Mohamad Azri Husaini Mohamad Ramdhan

Permataku yang pertama Azri
- Seorang yang suka ikut kata hati
- Hyperactive
- Cakap dia je yang betul
- Tak pernah nak dengar pendapat orang
- Kalau dia kata nak tu... mesti nak
- Tapi seorang yang baik
- Time baik tak payah mintak tolong, dia sendiri yang buat
- Time malas tak yah suruh.... tak kan buat
- Manja tak bertempat

Muhammad Afiq Hakimi Mohamad Ramdhan

Permataku yang kedua Afiq
- Seorang yang baik
- Seorang yang rajin
- Tapi suka membuli adik dia
- Suka mengamuk
- Masih lagi tak boleh nak cakap( setakat panggil mama boleh la..)






Permataku yang ketiga Alya Adriana

My Anniversery




Hai all, bulan May adalah hari ulang tahun perkawinan kami yang ke 6... semoga kekal ke anak cucu. untuk kawan kawan semua, janganlah lupa untuk wish my family semoga bahagia selalu. Sebenarnya sedih rasa hati ini kerana esok nenek anak-anaku akan pulang ke kampung untuk jemputan kenduri kawin sepupu dan anak buah. dan masalahnya terpaksalah kami melayari ketiga tiga permataku manjaku... dengan setiap kerenah masing masing. Nasib baik balik kampung seminggu je.....

First Time

Hai, semua..... silalah layari permataku-manjaku...